Apr 21, 2012

TIGA BELAS !

Mac 2006 - Maktab Rendah Sains MARA, Kg. Pinang

Ija berjalan menuju ke arah bilik mesyuarat Ungu seperti yang disuruh oleh senior lelaki tersebut . Tangannya kejap memeluk fail berwarna pink . Dia menunduk mengukur jalan ke bilik mesyuarat tersebut . Mulutnya terkumat-kamit membaca doa supaya dia tidak diapa-apakan .

Kini Ija berdiri dihadapan pintu bilik mesyuarat Ungu . Tudungnya dikemaskan sedikit . Baju T-shirtnya ditepuk-tepuk sedikit . Ija menarik nafas panjang . Tombol pintu dipulas . Ija masuk sambil menunduk ketakutan dan kemudian pintu ditutup .

"Saya tahu saya salah semalam . Tapi kan saya dah mintak maaf ? Saya dah janji dah pun saya tak kan buat lagi . Tak kan awak tak maafkan saya lagi ? Saya baru je masuk semalam . Tak kan hari ni awak dah nak buli saya ? Awak tak kesian ke dekat saya ? Kalau pihak disiplin tahu yang awak panggil saya semua macam ni mesti awak kena marah kan ? Saya tahu awak tak nak benda ni sampai dekat orang atasan . Jadi , apa kata awak maaf kan je saya ? Kan lebih senang ?" Ija terus berbicara panjang . Kepalanya masih menunduk menjegah lantai yang sudah dipasang karpet berwarna biru .

"Kalau saya kata saya tak nak maafkan ?" pelajar lelaki itu terus menjawab . Dengan pantas Ija mendongak .

"Mana boleh ! Kan saya dah . . ." bicara Ija terus terhenti . Ija nampak pelajar lelaki itu sedang menyembunyikan tawanya . Namun pelajar itu bukan berseorangan . Semua AJK tertinggi Pengawas, Guru-Guru Penolong Kanan dan Pengetua turut sama berada di dalam bilik tersebut . Dan mereka juga sedang menahan tawa . Ija dapat rasakan darah laju menyerbu pipinya . Tanpa melihat cermin pun Ija tahu yang mukanya pasti merah padam saat ini .

"Sa . . saya . . minta . . . ma . . maaf semua ." Ija terus keluar dari bilik tersebut . Malunya jangan cerita . Ija tersangatlah malu .

"Eeee ! Kurangnye-ajarnye ! Ibuuuu ! Ija benci budak tu !" Ija terus menapak kekantin memandangkan hari Ahad ini dia masih tidak ada apa-apa aktiviti .

*************************************************************************

Ija ternampak budak lelaki tersebut menapak masuk ke kawasan kantin bersama 3 orang rakannya yang lain . Ija hanya memerhati dari jauh . Mereka membeli makanan dan duduk di meja yang sama . Ija yang sudah lama menanti pelajar lelaki itu terus bangun dan berjalan kearah budak lelaki itu .

" Abang . . " Panggil Ija dengan sopan dan manja . Pelajar lelaki itu mendongak laju . Malah semua mata di meja itu melihat kearahnya . Kemudian kesemua mereka ketawa kerana kejadian pagi tadi .

"Saya tahu saya bodoh . Maafkan saya , ya ?" Ija berbicara dengan senyuman paling menawan . Kesemua mereka terpegun dengan reaksi relaks Ija .

"Saya ada belikan kuih untuk abang-abang semua sebagai tanda maaf . Ambil lah . " senyuman Ija semakin menawan . Ija meletakkan plastik berwarna kuning yang berisi pelbagai jenis kuih diatas meja . Bersinar-sinar mata kesemua pelajar lelaki tersebut melihat layanan Ija . Semua mulut bagaikan terkunci daripada berbicara .

"Saya pergi dulu ya ?" Semua mengangguk laju . Pelajar lelaki itu masih merenung wajah Ija yang sudah berdiri ingin pergi . Tanpa dia sedari , tangan Ija sudahpun mencapai cawan berisi air milo aisnya diatas meja . Dalam sekelip mata , Ija telah menuang air tersebut diatas kepalanya . Barulah dia kembali ke alam nyata . Kawan-kawannya yang lain sudah mula mentertawakannya .

"Woi ! Apa ni ?!" pelajar lelaki itu terus berdiri dan menjerit .

"Ril, sabar Ril ." Kawan-kawannya mula risau sikap panas baran yang dimiliki lelaki itu akan dirasa oleh gadis itu .

"Oh . So, nama kau Ril . Hoi Ril , tu namanya jangan cabar aku !" bicara Ija sinis .

"Eh ! Kau punya pasal lah ! Aku suruh kau jumpa aku dekat bilik mesyuarat Ungu kan ? Yang kau pergi masuk dalam apehal ? Jangan lah nak salah kan aku." marah pelajar lelaki itu .

"Aku tahu kau sengaja kan ? Aku tahu salah aku . Tapi aku dah minta maaf . Kau yang sengaja nak malukan aku sebab aku dah kotorkan baju kau  ! Aku dah serik kena buli dulu ! Setahun aku sengsara kena buli . Dekat sini , aku tak kan kena buli lagi ! Kau ingat tu ! Jangan kau pernah mimpi nak buli aku lagi !" Ija berbicara tegas dan terus berlalu dari situ .

Pelajar lelaki itu terdiam .

"Aku dah cakap Ril . Jangan buat macam tu . Melampau . Tapi kau degil . " salah seorang kawannya mula menegur .

"Diam ." Ril berbicara sepatah dan mendatar lalu bangun dan terus menuju ke biliknya . Niatnya cuma mahu bergurau . Tapi gadis itu telah mencabar kelelakiannya . Ril tidak akan berhenti di situ .

0 pandangan bijak:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio