Mar 18, 2012

dua belas ! dua belas !

Mac 2006 - Maktab Rendah Sains MARA , Kg. Pinang

Ija masih menjengah-jengah keadaan sekolah barunya itu . Ramai pelajar lain yang sebaya dengannya juga sedang sibuk memerhati sekolah mereka . Kaunter pendaftaran banyak terlihat ada di kawasan hadapan kantin mengikut susunan kelas . Hari pertama berada di situ seolah-olah memberi semangat baru buat Ija untuk belajar . Entah mengapa , Ija dapat rasakan yang dia selamat di situ walaupun jauh berbatu daripada rumah Ibu .

"Ija, anak Ibu. Sekejap je dah besar. Anak Ibu kat sini jangan nakal-nakal tau ? dengar cakap cikgu semua. Disiplin jaga tau ? Anak Ibu baik kan ?" ucap Ibu sambil mengusap kepala Ija . Ija hanya mengangguk sambil tersenyum. Hadi menarik tangan Ija.

"Kakak, nantikan, kakak pun lama-lama tak balik rumah macam Abang Iman ea ? Nanti shiapa nak teman Hadi main lagi ?" Hadi mula memuncung dengan botol susu yang tak lekang dari mulut . Adiknya yang satu ni sampai bila agaknya baru boleh menjauh dari botol susu. Hati Ija sedikit sebak dengan ayat Hadi.

"Hadi sayang. Dira kan ada ? Hadi ajak lah Dira main okay ? Kakak dengan Abang Iman nanti balik lah teman Hadi main. " Ija cuba memujuk.

"Tapi Dira kecik. Dira lembik. Dira tak reti main. Tak best lah kak."

"Sebab tu Hadi kena teman Dira. Ajar Dira yang baik-baik tau ? Jangan selalu buli Dira tau? Sayang adik kan ?" Ija cuba berkrompomi dengan Hadi untuk memastikan adiknya yang seorang itu tidak akan membuli Adira lagi kerana rasa cemburunya pada Dira.

"Okaylah-okaylah. Hadi baik je dengan adik Dira." janji Hadi.

"Haa, macam tulah adik kakak." Ibu hanya tersenyum .

Selepas selesai menghantar barang ke bilik di asrama yang menempatkan 8 orang pelajar tersebut, Ija menghantar ibu dan adik-adiknya hingga ke pagar hadapan sekolah. Ija menunduk mencapai tangan ibu. Hadi dan Dira turut menghulur tangan. Kemudian mereka semua pulang. Kini tinggal Ija dalam dunia barunya yang masih belum pasti keadaanya.

************************************************************************

Ija melangkah perlahan-lahan meneroka segenap sudut sekolahnya. Perkara yang sama dilakukan sewaktu hari pertama dia berada di sekolah rendah dahulu. Itu lah Ija. Pemerhati. Beberapa buah blok telah dilewati. Guru kelasnya juga sudah diketemui dan berkenalan. Ija mula belajar menyesuaikan dirinya.

Ija baru sahaja melintasi blok yang menempatkan pejabat, bilik guru dan beberapa buah bilik mesyuarat. Dia mula menghafal selok-belok sekolah tersebut. Beberapa orang pelajar perempuan yang memakai kot kelihatan berkumpul dan berbual dihadapan salah satu bilik mesyuarat yang tertulis Bilik Mesyuarat Hijau.

'Mungkin diorang tu senior kot?' detik hati Ija . Dia hanya melemparkan senyuman. Mujur kumpulan pelajar tadi membalas senyumannya. Langkah masih diteruskan. Tanpa sedar, seorang guru yang sedang mengangkat susunan buku yang agak tinggi sedang menuju ke arahnya dari depan. Apabila dia menoleh kehadapan kembali, cikgu lelaki itu terjerit kecil dan serta merta Ija membelokkan diri ke tepi cikgu tersebut.

'Fuhh ! Selamat.' kata hati Ija. Ija pusing kembali kebelakang.

"Minta maaf, Cikgu. Saya tak sengaja."

"Tak pe. Terima kasih sebab tak langgar saya. Maaf, saya nak cepat." kata cikgu tersebut lalu terus mempercepatkan langkah untuk pergi. Ija tergelak sendiri. Ija mengundur 2-3 tapak sebelum pusing kebelakang semula. Namun . . .

WUSHHH !

Baju sekolah Ija yang berwarna putih kini bercorak abstrak merah. Mahu sahaja Ija menangis tika itu. Namun mengenangkan yang dia telah melanggar seseorang, Ija membatalkan hasratnya. Ija pasti, orang yang baru sahaja dia rempuh tadi mesti mengalami keadaan yang sama. Ija terus mengutip cawan yang jatuh ke lantai. Bau sirap menyerbu hidung. Cawan ingin diserahkan kembali pada pemilik asal. Apabila dia mahu mendongak, kepalanya pula terhantuk dengan pemilik cawan tersebut.

"Aduhh!" suara seorang pelajar lelaki kedengaran. Dengan laju Ija mendongak. Ija terkejut apabila mendapati pemilik cawan tersebut adalah pelajar lelaki, berkaca mata dan . . . hah ?! KOT ! Pelajar lelaki itu adalah senior!

'Alamak. Habislah aku macam ni.' Ija mula bercakap dalam hati ketakutan.

"Sorry, sorry, sorry, sorry. Saya betul-betul tak sengaja. Saya mintak maaf, Bang. Saya janji tak buat lagi. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan abang maafkan saya. Saya rela bayar, bang. Asalkan saya dimaafkan. Abang nak denda saya pun denda lah bang. Asalkan saya tak dibawa ke pihak disiplin." pohon Ija laju berbicara. Ija terus menunduk takut.

"Hey ! Hey ! Apa benda merepek bayar-bayar, disiplin-disiplin semua ni ? Aku tak mintak pun ? Tak de cakap pasal disiplin pun . Apa tumpah air pun sampai nak ke pihak disiplin ? Dah, jangan nak mengarut . Disebabkan perkara ni, aku nak esok kau datang bilik mesyuarat Ungu pukul 9 pagi. Faham ?" balas lelaki itu.

"Err...Faham bang. Okay-okay. Esok saya datang. Janji." Ija masih lagi menunduk. Tangan kanannya diangkat seperti berikrar menunjukkan yang dia betul-betul berjanji. Namun, lelaki itu terus mengangkat tangannya. Ija cepat-cepat menutup mata kerana takut.

"Yang kau pergi tutup mata tu kenapa ? Aku nak cawan tu balik je." Sepantas kilat Ija terus membuka mata dan menyerahkan cawan tersebut ditangannya. Semakin merah wajah Ija kerana malu.

"Macam-macam lah kau ni !" itu ayat terakhir lelaki itu sebelum beredar dari situ. Ija terus menarik nafas lega. Ija teus berjalan tanpa menoleh kearah lelaki tersebut.

"Belum kenal aku siapa, dah pandai cakap aku ni macam-macam. Huh !" bicara Ija perlahan. Leganya cuma sementara. Memikirkan apa yang bakal terjadi besok , automatik jantungnya kembali berdegup pantas.

'Ya ALLAH, selamatkan hamba-Mu ini dari sebarang kesengsaraan. Amin. doa Ija dalam hati.

0 pandangan bijak:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio