Apr 21, 2012

TIGA BELAS !

Mac 2006 - Maktab Rendah Sains MARA, Kg. Pinang

Ija berjalan menuju ke arah bilik mesyuarat Ungu seperti yang disuruh oleh senior lelaki tersebut . Tangannya kejap memeluk fail berwarna pink . Dia menunduk mengukur jalan ke bilik mesyuarat tersebut . Mulutnya terkumat-kamit membaca doa supaya dia tidak diapa-apakan .

Kini Ija berdiri dihadapan pintu bilik mesyuarat Ungu . Tudungnya dikemaskan sedikit . Baju T-shirtnya ditepuk-tepuk sedikit . Ija menarik nafas panjang . Tombol pintu dipulas . Ija masuk sambil menunduk ketakutan dan kemudian pintu ditutup .

"Saya tahu saya salah semalam . Tapi kan saya dah mintak maaf ? Saya dah janji dah pun saya tak kan buat lagi . Tak kan awak tak maafkan saya lagi ? Saya baru je masuk semalam . Tak kan hari ni awak dah nak buli saya ? Awak tak kesian ke dekat saya ? Kalau pihak disiplin tahu yang awak panggil saya semua macam ni mesti awak kena marah kan ? Saya tahu awak tak nak benda ni sampai dekat orang atasan . Jadi , apa kata awak maaf kan je saya ? Kan lebih senang ?" Ija terus berbicara panjang . Kepalanya masih menunduk menjegah lantai yang sudah dipasang karpet berwarna biru .

"Kalau saya kata saya tak nak maafkan ?" pelajar lelaki itu terus menjawab . Dengan pantas Ija mendongak .

"Mana boleh ! Kan saya dah . . ." bicara Ija terus terhenti . Ija nampak pelajar lelaki itu sedang menyembunyikan tawanya . Namun pelajar itu bukan berseorangan . Semua AJK tertinggi Pengawas, Guru-Guru Penolong Kanan dan Pengetua turut sama berada di dalam bilik tersebut . Dan mereka juga sedang menahan tawa . Ija dapat rasakan darah laju menyerbu pipinya . Tanpa melihat cermin pun Ija tahu yang mukanya pasti merah padam saat ini .

"Sa . . saya . . minta . . . ma . . maaf semua ." Ija terus keluar dari bilik tersebut . Malunya jangan cerita . Ija tersangatlah malu .

"Eeee ! Kurangnye-ajarnye ! Ibuuuu ! Ija benci budak tu !" Ija terus menapak kekantin memandangkan hari Ahad ini dia masih tidak ada apa-apa aktiviti .

*************************************************************************

Ija ternampak budak lelaki tersebut menapak masuk ke kawasan kantin bersama 3 orang rakannya yang lain . Ija hanya memerhati dari jauh . Mereka membeli makanan dan duduk di meja yang sama . Ija yang sudah lama menanti pelajar lelaki itu terus bangun dan berjalan kearah budak lelaki itu .

" Abang . . " Panggil Ija dengan sopan dan manja . Pelajar lelaki itu mendongak laju . Malah semua mata di meja itu melihat kearahnya . Kemudian kesemua mereka ketawa kerana kejadian pagi tadi .

"Saya tahu saya bodoh . Maafkan saya , ya ?" Ija berbicara dengan senyuman paling menawan . Kesemua mereka terpegun dengan reaksi relaks Ija .

"Saya ada belikan kuih untuk abang-abang semua sebagai tanda maaf . Ambil lah . " senyuman Ija semakin menawan . Ija meletakkan plastik berwarna kuning yang berisi pelbagai jenis kuih diatas meja . Bersinar-sinar mata kesemua pelajar lelaki tersebut melihat layanan Ija . Semua mulut bagaikan terkunci daripada berbicara .

"Saya pergi dulu ya ?" Semua mengangguk laju . Pelajar lelaki itu masih merenung wajah Ija yang sudah berdiri ingin pergi . Tanpa dia sedari , tangan Ija sudahpun mencapai cawan berisi air milo aisnya diatas meja . Dalam sekelip mata , Ija telah menuang air tersebut diatas kepalanya . Barulah dia kembali ke alam nyata . Kawan-kawannya yang lain sudah mula mentertawakannya .

"Woi ! Apa ni ?!" pelajar lelaki itu terus berdiri dan menjerit .

"Ril, sabar Ril ." Kawan-kawannya mula risau sikap panas baran yang dimiliki lelaki itu akan dirasa oleh gadis itu .

"Oh . So, nama kau Ril . Hoi Ril , tu namanya jangan cabar aku !" bicara Ija sinis .

"Eh ! Kau punya pasal lah ! Aku suruh kau jumpa aku dekat bilik mesyuarat Ungu kan ? Yang kau pergi masuk dalam apehal ? Jangan lah nak salah kan aku." marah pelajar lelaki itu .

"Aku tahu kau sengaja kan ? Aku tahu salah aku . Tapi aku dah minta maaf . Kau yang sengaja nak malukan aku sebab aku dah kotorkan baju kau  ! Aku dah serik kena buli dulu ! Setahun aku sengsara kena buli . Dekat sini , aku tak kan kena buli lagi ! Kau ingat tu ! Jangan kau pernah mimpi nak buli aku lagi !" Ija berbicara tegas dan terus berlalu dari situ .

Pelajar lelaki itu terdiam .

"Aku dah cakap Ril . Jangan buat macam tu . Melampau . Tapi kau degil . " salah seorang kawannya mula menegur .

"Diam ." Ril berbicara sepatah dan mendatar lalu bangun dan terus menuju ke biliknya . Niatnya cuma mahu bergurau . Tapi gadis itu telah mencabar kelelakiannya . Ril tidak akan berhenti di situ .

Mar 18, 2012

dua belas ! dua belas !

Mac 2006 - Maktab Rendah Sains MARA , Kg. Pinang

Ija masih menjengah-jengah keadaan sekolah barunya itu . Ramai pelajar lain yang sebaya dengannya juga sedang sibuk memerhati sekolah mereka . Kaunter pendaftaran banyak terlihat ada di kawasan hadapan kantin mengikut susunan kelas . Hari pertama berada di situ seolah-olah memberi semangat baru buat Ija untuk belajar . Entah mengapa , Ija dapat rasakan yang dia selamat di situ walaupun jauh berbatu daripada rumah Ibu .

"Ija, anak Ibu. Sekejap je dah besar. Anak Ibu kat sini jangan nakal-nakal tau ? dengar cakap cikgu semua. Disiplin jaga tau ? Anak Ibu baik kan ?" ucap Ibu sambil mengusap kepala Ija . Ija hanya mengangguk sambil tersenyum. Hadi menarik tangan Ija.

"Kakak, nantikan, kakak pun lama-lama tak balik rumah macam Abang Iman ea ? Nanti shiapa nak teman Hadi main lagi ?" Hadi mula memuncung dengan botol susu yang tak lekang dari mulut . Adiknya yang satu ni sampai bila agaknya baru boleh menjauh dari botol susu. Hati Ija sedikit sebak dengan ayat Hadi.

"Hadi sayang. Dira kan ada ? Hadi ajak lah Dira main okay ? Kakak dengan Abang Iman nanti balik lah teman Hadi main. " Ija cuba memujuk.

"Tapi Dira kecik. Dira lembik. Dira tak reti main. Tak best lah kak."

"Sebab tu Hadi kena teman Dira. Ajar Dira yang baik-baik tau ? Jangan selalu buli Dira tau? Sayang adik kan ?" Ija cuba berkrompomi dengan Hadi untuk memastikan adiknya yang seorang itu tidak akan membuli Adira lagi kerana rasa cemburunya pada Dira.

"Okaylah-okaylah. Hadi baik je dengan adik Dira." janji Hadi.

"Haa, macam tulah adik kakak." Ibu hanya tersenyum .

Selepas selesai menghantar barang ke bilik di asrama yang menempatkan 8 orang pelajar tersebut, Ija menghantar ibu dan adik-adiknya hingga ke pagar hadapan sekolah. Ija menunduk mencapai tangan ibu. Hadi dan Dira turut menghulur tangan. Kemudian mereka semua pulang. Kini tinggal Ija dalam dunia barunya yang masih belum pasti keadaanya.

************************************************************************

Ija melangkah perlahan-lahan meneroka segenap sudut sekolahnya. Perkara yang sama dilakukan sewaktu hari pertama dia berada di sekolah rendah dahulu. Itu lah Ija. Pemerhati. Beberapa buah blok telah dilewati. Guru kelasnya juga sudah diketemui dan berkenalan. Ija mula belajar menyesuaikan dirinya.

Ija baru sahaja melintasi blok yang menempatkan pejabat, bilik guru dan beberapa buah bilik mesyuarat. Dia mula menghafal selok-belok sekolah tersebut. Beberapa orang pelajar perempuan yang memakai kot kelihatan berkumpul dan berbual dihadapan salah satu bilik mesyuarat yang tertulis Bilik Mesyuarat Hijau.

'Mungkin diorang tu senior kot?' detik hati Ija . Dia hanya melemparkan senyuman. Mujur kumpulan pelajar tadi membalas senyumannya. Langkah masih diteruskan. Tanpa sedar, seorang guru yang sedang mengangkat susunan buku yang agak tinggi sedang menuju ke arahnya dari depan. Apabila dia menoleh kehadapan kembali, cikgu lelaki itu terjerit kecil dan serta merta Ija membelokkan diri ke tepi cikgu tersebut.

'Fuhh ! Selamat.' kata hati Ija. Ija pusing kembali kebelakang.

"Minta maaf, Cikgu. Saya tak sengaja."

"Tak pe. Terima kasih sebab tak langgar saya. Maaf, saya nak cepat." kata cikgu tersebut lalu terus mempercepatkan langkah untuk pergi. Ija tergelak sendiri. Ija mengundur 2-3 tapak sebelum pusing kebelakang semula. Namun . . .

WUSHHH !

Baju sekolah Ija yang berwarna putih kini bercorak abstrak merah. Mahu sahaja Ija menangis tika itu. Namun mengenangkan yang dia telah melanggar seseorang, Ija membatalkan hasratnya. Ija pasti, orang yang baru sahaja dia rempuh tadi mesti mengalami keadaan yang sama. Ija terus mengutip cawan yang jatuh ke lantai. Bau sirap menyerbu hidung. Cawan ingin diserahkan kembali pada pemilik asal. Apabila dia mahu mendongak, kepalanya pula terhantuk dengan pemilik cawan tersebut.

"Aduhh!" suara seorang pelajar lelaki kedengaran. Dengan laju Ija mendongak. Ija terkejut apabila mendapati pemilik cawan tersebut adalah pelajar lelaki, berkaca mata dan . . . hah ?! KOT ! Pelajar lelaki itu adalah senior!

'Alamak. Habislah aku macam ni.' Ija mula bercakap dalam hati ketakutan.

"Sorry, sorry, sorry, sorry. Saya betul-betul tak sengaja. Saya mintak maaf, Bang. Saya janji tak buat lagi. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan abang maafkan saya. Saya rela bayar, bang. Asalkan saya dimaafkan. Abang nak denda saya pun denda lah bang. Asalkan saya tak dibawa ke pihak disiplin." pohon Ija laju berbicara. Ija terus menunduk takut.

"Hey ! Hey ! Apa benda merepek bayar-bayar, disiplin-disiplin semua ni ? Aku tak mintak pun ? Tak de cakap pasal disiplin pun . Apa tumpah air pun sampai nak ke pihak disiplin ? Dah, jangan nak mengarut . Disebabkan perkara ni, aku nak esok kau datang bilik mesyuarat Ungu pukul 9 pagi. Faham ?" balas lelaki itu.

"Err...Faham bang. Okay-okay. Esok saya datang. Janji." Ija masih lagi menunduk. Tangan kanannya diangkat seperti berikrar menunjukkan yang dia betul-betul berjanji. Namun, lelaki itu terus mengangkat tangannya. Ija cepat-cepat menutup mata kerana takut.

"Yang kau pergi tutup mata tu kenapa ? Aku nak cawan tu balik je." Sepantas kilat Ija terus membuka mata dan menyerahkan cawan tersebut ditangannya. Semakin merah wajah Ija kerana malu.

"Macam-macam lah kau ni !" itu ayat terakhir lelaki itu sebelum beredar dari situ. Ija terus menarik nafas lega. Ija teus berjalan tanpa menoleh kearah lelaki tersebut.

"Belum kenal aku siapa, dah pandai cakap aku ni macam-macam. Huh !" bicara Ija perlahan. Leganya cuma sementara. Memikirkan apa yang bakal terjadi besok , automatik jantungnya kembali berdegup pantas.

'Ya ALLAH, selamatkan hamba-Mu ini dari sebarang kesengsaraan. Amin. doa Ija dalam hati.

Dec 14, 2011

sebelas . dah sebelas pun !

Tiga bulan kemudian . . .
Januari 2005 - Sekolah Rendah Kampung Pakis

Hari ini hari pertama persekolahan untuk tahun 2005 . Semua murid-murid yang masih bersekolah sedang berpusu-pusu masuk ke dalam kawasan sekolah sementara loceng masih belum berbunyi . Pelbagai latar belakang murid yang boleh dilihat pada waktu itu .  Ada yang baru turun dari kereta mewah milik ibu bapa masing-masing , ada yang melompat turun dari bas sekolah  dan macam-macam lagi . Ija juga antara pelajar yang sedang bergerak menuju ke arah pagar sekolah selepas turun dari motosikal milik arwah ayah . Buku teks miliknya dipeluk kejap di dada . Setelah ibu bergerak dari tempat di diturunkan , Ija segera masuk ke dalam kawasan sekolah . Namun , belum sempat dia hendak melangkah kaki melepasi pagar , Afzan dan rakan-rakannya sudah sedia menghalangnya dari masuk . Langkah Ija terhenti .

"Ini dia masa yang aku nantikan . Budak perempuan ni dah tak ada bodyguard . Hahahaha !" Afzan ketawa kejam . Ija ingin mengelak dari berlaku pertengkaran . Dia cuba melangkah , namun lengannya di tarik menyebabkan dia tidak dapat bergerak . Ija merentap kembali tangannya .

"Kau nak apa ?" tanya Ija perlahan , masih cuba berlembut . Dia tidak mahu menarik perhatian orang ramai .

"Balas dendam . Aku dah lama sakit hati dengan kau . Tak kan kau tak sedar semua tu ?" Afzan menunjal kuat kepala Ija . Senget terus ikatan rambut Ija .  Kawan-kawan Afzan yang lain sedang tersenyum-senyum sinis .

"Aku tak pernah kacau kau pun Afzan . Apa yang kau sakit hati sangat dengan aku ? Tolonglah jangan kacau hidup aku." rayu Ija . Namun , Afzan hanya menyambut rayuan Ija dengan gelak jahatnya .

"Kau tak sedar ke , cikgu Sizuka asyik-asyik puji kau ? Dalam kelas , semuanya kau yang hebat . Aku tak pernah sekali pun cikgu pandang . Hei budak , semua kebahagiaan aku kau nak rampas . Aku tak suka kau . Budak comot ! Miskin !" terang Afzan .

"Apa ni Afzan ? Aku tak minta pun Cikgu Sizuka puji aku . Lagi pun , aku tak buat paa-apa pun . Dah cikgu nak puji aku , tak kan kau nak aku marah pulak . Kenapa aku yang kau nak sakit hati ? Ramai lagi budak lain yang Cikgu puji . Bukan aku sorang . Tolong lah jangan kacau aku !" Ija sudah tidak tahan lagi .

"Satu masa nanti kau akan faham ! Aku tetap akan bencikan kau ! Ingat tu !" Afzan terus merampas buku ditangan Ija dan mencampakkannya ke Bumi . Sedikit tersentak Ija saat itu . Kepala Ija turut di tunjal-tunjal oleh rakan Afzan yang lain . Kemudian , Ija di tolak ke belakang . Dia terundur dan terduduk ke belakang . Punggungnya terhentak kuat .  Habis baju Ija kotor dan koyak . Murid lain yang lalu disitu tidak mampu membantunya kerana takut dengan kedudukan Afzan sebagai budak paling nakal di sekolah itu . Ija terus mencapai bukunya dan terus bangkit berlari menuju ke kelas . Afzan hanya ketawa bersama teman-temannya sambil melihat ke arah Ija yang sedang berlari menyelamatkan diri daripada kejahatan mereka .

Ija tersedu-sedan menangis di bawah tangga . Air mata laju menuruni pipi . Hidungnya mula memerah .

"Abang Iman , Ija takut . Ajiq , bila Ajiq tak ada , Ija dah tak tahu nak mintak tolong siapa . Diorang mula jahat dengan Ija balik . Ija nak Abang Iman , nak Ajiq . Ija sedih sangat . Balik lah Abang Iman , balik lah Ajiq . Tuhan , tolong kuatkan hati Ija. " Ija mengadu seorang diri .

Tahun yang sepatutnya menjadi tahun penentuan sekolah menengah mana yang akan Ija lalui , menjadi tahun tragedi . Saat dia sepatutnya fokus kepada peperiksaan UPSRnya , menjadi tahun yang paling terganggu dalam hidupnya . Ija mula lemah dengan keadaannya . Dia tahu , keadaan itulah yang akan dia lalui sepanjang tahun tersebut sewaktu berada di sekolah . Mujur hatinya kuat ingin belajar . Ija tetap bersabar .


12 bulan kemudian . . .
Disember 2005 - Sekolah Rendah Kampung Pakis

Ija sudah menyarungkan jubah baldu berwarna maroon pada tubuhnya . Dia tersenyum lebar melihat figura tubuhnya yang terpantul di cermin di hadapannya . Ija menarik nafas bangga .

"Ija , cepat beratur . Lepas ni nama awak . " tegur Cikgu Sizuka . Ija cepat-cepat bergerak menuju tirai di belakang pentas sebelum namanya di umumkan . Berbagai rupa senyuman cuba dipaparkan . Namun dia masih tidak dapat senyum dengan sempurna . Ija semakin gemuruh .

" Diumumkan , anugerah pelajar cemerlang UPSR pada tahun ini jatuh kepada . . . Irma Hafiza ." Suara pengacara majlis mengundang tepukan gemuruh dari para menonton yang kebanyakannya terdiri daripada ibu bapa . Irma melangkah perlahan keluar dari belakang pentas sambil tersenyum . Dia dapat melihat senyuman di wajah ibunya . Ija sangat berbangga kerana dapat membalas sedikit , pengorbanan ibunya . Afzan juga tersenyum penuh makna di bawah . Ija hanya menganggap itu sebagai tanda tahniah tanpa sebarang syak wasangka .

Ija menuju ke arah guru besar untuk mengambil piala dan sijil penghargaan untuknya . Sewaktu dia baru memegang pialanya , kakinya tersangkut sesuatu yang menyebabkan dia jatuh tersungkur dihadapan khalayak ramai . Pialanya terpelanting dan patah dua . Dewan senyap seketika . Jubahnya terkoyak , dan kainnya terselak hingga ke paras peha . Ija terasa amat malu dan sedih . Dia mula menangis . Afzan yang masih dengan senyumannya , bangkit dan keluar dari dewan .

"Rasakan pembalasan aku , Ija ! Hahaha."

Dec 12, 2011

sepuluh :)

Tahun 2000 - Sekolah Rendah Kampung Pakis

Ija masih berlari - lari anak . Kelas Pendidikan Jasmani hari ini membuatkan Ija lebih segar . Seonok benar gadis itu apabila tiba giliran kelas tersebut . Ija gemar bersukan . Ibu selalu cakap yang sukan akan buat tubuh lebih sihat . Sebab itu jugalah Ija memang tidak pernah melepaskan peluang untuk bersukan .

Ajiq baru pulang dari bilik guru selepas menghantar buku latihan yang diminta oleh gurunya , melewati tepi padang . Dia terlihatkan Ija sedang bersungguh - sungguh menjalankan aktivitinya  . Dia tersenyum lebar . Ajiq nekad , Ija akan sentiasa disayangi sebagai temannya yang paling akrab .




Empat Tahun Kemudian . . .
2004 - Sekolah Rendah Kampung Pakis

Seperti hari-hari sebelumnya , Ija dan Ajiq akan duduk di meja yang sama untuk makan sewaktu rehat . Tapi tidak lagi berpimpin tangan seperti dahulu . Dan seperti biasa juga , Afzan dan rakan - rakannya hanya mampu melihat Ija dari jauh dan masih tidak berani hendak mengganggunya walaupun Iman Harith sudah tidak ada di sekolah tersebut  . Iman telah pun menyambung pelajarannya ke sekolah berasrama penuh yang jauh dari rumahnya . Ibu kata Abang Iman memang pandai . Dia memang layak untuk ke sekolah tersebut . Ija sedikit berbangga mempunyai abang yang di nobatkan sebagai pelajar terbaik di sekolah mereka tahun lepas .

" Ija , makan lah . Menungkan apa tu ? " Ajiq menegur Ija yang kelihatan sedang mengenangkan sesuatu .

" Haa . Ya , ya . Sorry , Ija teringat kat Abang Iman tadi. " jawab Ija sambil tersenyum malu . Dia meneruskan suapan yang terhenti sebentar tadi .

" Ija , Ajiq ada sesuatu nak cakap ni . "

" Cakap lah . Apa dia ? Tak pernah pun Ajiq nak mintak izin dulu baru cakap ? " Ija terasa aneh sedikit . Suara Ajiq mengeluh perlahan , sedikit merisaukan hati Ija .

" Tahun depan , Ajiq dah tak ada lagi kat sekolah ni . Ija jaga diri baik - baik tau ? "

" Hahaha ! Ajiq ni . Ija ingatkan apa lah tadi . Itu Ija tahu lah . Tak apa . Ija dah sedia . Lagipun kan sekolah menengah Ajiq nanti dekat je dengan sekolah Ija . Kita boleh jumpa jugak . Ajiq boleh jaga Ija lagi . " jawab Ija dengan senyum melebar . Hilang sebentar rasa risaunya . Namun wajah Ajiq masih dalam keadaan risau . Senyuman di wajah Ija terus mati .

" Ajiq , ke..kenapa ni ? " tanya Ija perlahan .

" Ajiq dapat panggilan ke sekolah asrama penuh macam Abang Iman . Ajiq da tak dapat jaga Ija lagi . " Ajiq menutur penuh kelembutan . Ija sedikit tersentak .

" Sama dengan Abang Iman lah kan ? Nanti boleh balik kampung sama dengan Abang Iman kan ? Boleh jumpa Ija . "

" Tak .. Ajiq lagi jauh dari Abang Iman . Dan keluarga Ajiq terus pindah dari sini supaya lebih dekat dengan sekolah baru Ajiq . " Ajiq sudah tunduk menahan sedih . Ija menarik nafas dalam menahan kesedihan .

" Tak apa lah kalau macam tu . Kita kan sahabat ? Kan kita boleh balas surat . Tiap - tiap minggu Ija tulis surat untuk Ajiq nanti tau ? Jangan lupa balas . Jangan lupa yang Ija tunggu tau ? Ija tetap sayang Ajiq . " Ija mengukir senyuman paksa . Ajiq hanya mampu menganggukkan kepala .

" Okay lah , Ija nak masuk kelas dulu . Jumpa balik nanti tau ? Bye ! " Ija terus bangkit dan menuju ke kelas tanpa menoleh lagi ke wajah Ajiq . Sedih hatinya . Terlampau sedih untuk berpisah dengan Ajiq yang sentiasa berada disisinya . Akhirnya air mata tumpah jua ke Bumi .



2004 - Kampung Kempas

" Ija , kenapa monyok je anak ibu ni ? Eh , kenapa mata bengkak ni ? Ija nangis ke ? Siapa buat anak ibu menangis ni ? " Soalan  bertalu - talu yang keluar dari mulut ibu membuatkannya bertambah sedih . Laju sahaja air mata mencurah . Bahunya terhenjut - henjut dek kerana tangisan yang semakin tersedu sedan . Ija terus memeluk ibu . Ibu menggosok perlahan belakang badan anak gadisnya itu . Sudah bertahun dia tidak melihat anak nya itu menangis .

" Kenapa ni , nak ? " tanya ibu perlahan .

" Ibu , Ajiq . . . Ajiq nak tinggalkan Ija . Macam Abang Iman tinggalkan Ija . " tangisan masih bergema . Ibu menggelengkan kepala .

" Ija sayang . Bertemu dan berpisah tu adat kehidupan di dunia . Mungkin ALLAH nak bagi kita yang lebih baik bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayang . Tak elok menangis macam ni sekali . Anak ibu kan kuat ? " pandai ibu memujuk . Hati Ija sedikit reda . Tangisannya mula surut walaupun sedih di hati masih tidak berkurang . Ija mengangguk mengiyakan .

" Dah , Ija pergi solat Asar sana . Doa dengan ALLAH banyak - banyak biar hati tenang . " Ija terus bangkit tanpa banyak membantah .

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kehadapan Amir Hazriq , 


Ish , Ija tak reti lah tulis surat bunga - bunga ni . :)  Ija bagi surat ni pada Ajiq pun , sebab Ija nak Ajiq tahu yang Ija selalu tunggu Ajiq balik ke sini semula . Ajiq tahu kan Ija tetapkan sayangkan Ajiq ? Ajiq je lah kawan baik Ija kat sini . Kawan yang paling baik Ija pernah ada . Ija tak kan lupakan Ajiq . Ija tahu , Ajiq pun tak kan lupakan Ija kan ?  Nanti Ajiq bagi lah alamat baru Ajiq pada Ija . Ija janji , setiap tahun , Ija tak kan pernah lupa hantar surat pada Ajiq . Ija akan bagi kad raya pada Ajiq , kad hari lahir Ajiq . ( Kalau Ija terlambat , sorry tau ? hehe ) . Ajiq akan balas kan ? Ija tunggu . Ija akan selalu doakan kebahagiaan Ajiq kat sana . Belajar elok - elok tau ? Sekian , Assalamualaikum .




Sahabat setiamu ,
irmahafiza<3<3


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Oct 3, 2011

sembilan ! hmm ..

2000 - Kampung Kempas

Ija samapi dirumahnya bersama Iman . Hari pertama sekolah untuk setiap minggu memang meletihkan Ija . Hati Ija yang tadinya lega apabila nampak pintu rumahnya bertukar pelik apabila melihat dua buah kereta mewah diparkir elok dihadapan rumah .

" Abang Iman , kereta siapa tu? " tanya Ija .

" Ija , kalaulah Abang Iman ni pemandu kereta tu , mesti Abang Iman tahu tu kereta siapa . Mana Abang tahu ? " jawab Iman . Ija merapatkan diri dengan kereta tersebut . Tangannya teruja apabila dapat menyentuh kereta mewah tersebut .

" Cantiknya kereta ni . Agaknya Ija boleh naik tak kereta ni nanti, Abang Iman ? " Ija menoleh kebelakang mencari abangnya . Rupanya Iman telah menapak ke arah pintu rumah mereka . Sepantas kilat Ija mengejar Iman yang telah pun berada dihadapan pintu . Dia terus menarik tangan abangnya .

" Abang ni kan . Ija tengah cakap dengan abang tadi . Kenapa Abang tinggalkan Ija sorang-sorang kat situ . Penat Ija cakap dengan abang tau . Kereta tu cantik tau ? Ija nak naik kereta tu . Abang dengar tak Ija cakap ni ? " Ija bercakap tanpa menyedari semua mata di dalam rumah sedang melihat ke arahnya .

" Err ... Ija . Cuba pusing belakang ? " tegur Iman Harith . Ija menoleh kebelakang perlahan-lahan.

" Oops ! Sorry... " tutur Ija perlahan . Merah pipinya apabila ramai orang sedang melihatnya . Ija terus berlari dan sorok di belakang badan ibunya . Semua di situ tergelak besar termasuk Iman .

" Abang Husin , ni lah lagi dua anak Mina . Iman Harith dan Irma Hafiza . " Puan Aminah bersuara .

" Ohh .. Dah besar dah budak-budak ni . Hmm .. Tak apa lah Mina . Kami dah nak berangkat pulang . Mina fikirkanlah apa yang Abang Husin cakap tadi . Kami tunggu keputusan Mina . Berapa lama masa yang Mina nak ambil untuk fikir , kami tetap tunggu . " bicara lelaki itu tenang . Ibu hanya mengangguk . Sejenak kemudian , semua bangun untuk bersalaman . Tiba - tiba Ija melihat seorang budak lelaki yang sangat dia kenali menyorok di belakang ibunya .

" Afzan ! Apa dia buat kat sini ? " bicaranya sendiri apabila Ija dapat melihat dengan jelas wajah budak lelaki itu . Dia hanya menyalam semua yang hadir . Afzan melarikan diri daripadanya . Mereka sekeluarga menghantar tetamu mewah itu pulang di hadapan rumah .

" Ibu , siapa diorang tu ? " Tanya Iman . Ija juga mahu bertanyakan soalan yang sama , namun hanya bersuara dalam hati .

" Satu hari nanti Iman akan tahu . Dah , jom masuk ? " ajak Ibu . Ija masih tidak berpuas hati dengan kehadiran mereka yang tidak dikenali. Terutama adanya Afzan diantara mereka .

'Tak apa lah . Esok masih ada . ' Bicara Ija sendiri menyedapkan hatinya .

Aug 27, 2011

yang ke LAPAN :)

Tahun 2000 - Sekolah Rendah Kampung Pakis

 " Ija . Awak nak tahu tak ? " tanya Ajiq sambil menghulurkan sedikit coklat pada Ija .

" Nak ! Nak ! Apa dia ? "

" Kita dah jadi kawan awak dah 30 hari . Ajiq kira tau ? Tiap-tiap hari Ajiq pangkah kalendar . Hihi . " Ajiq ketawa perlahan .

" Kenapa Ajiq pangkah kalendar ? Mama Ajiq tak marah ke ? " Ija hairan .

" Tak pun . Mama tanya Ajiq kenapa pangkah . Ajiq cakap lah Ajiq kenal dengan Ija . Ajiq nak kira berapa lama Ajiq boleh jadi kawan Ija . Sebab Ija selalu kata semua orang nak lari dari Ija bila kenal Ija . Tapi Ajiq tak percaya . Ajiq nak buktikan yang Ajiq akan kawan dengan Ija sampai Ajiq mati . " semangat Ajiq memberi penerangan .

" Ohhh ... Bangga Ija ada kawan macam Ajiq . Kita kawan sampai bila-bila kan ? "

" Ha'ah . Sampai bila-bila . " Ajiq memberikan senyuman .

" Ija . Abang Iman lalu lah " bicara Ajiq selepas beberapa saat keadaan senyap .

" Abang Iman !! " Ija menjerit sambil berlari lantas memeluk abang kesayangannya .

" Ish Ija ni ! Tak malu ke peluk Abang depan orang ramai ? " tegur Iman .

" Ish Abang Iman ni ! Buat apa nak malu ? Ija peluk abang Ija sendiri lah .  Bukan peluk abang orang lain . Biar lah .. " jawab Ija selamba . Ajiq hanya ketawa mendengar jawapan Ija .

" Adik abang yang sorang ni memang pandai menjawab ya ? Abang geletek kang ? " tangan Iman yang tadi sedang memeluk Ija kini mula bergerak ingin mengacah adiknya .

" Eh , taknak ! Taknak ! " Ija terus menarik tangan Ajiq dan belari ke arah kelasnya .

" Abang Iman jahat lah . Bilang mak balik nanti ! " laung Ija dari tingkat 1 . Iman Harith hanya ketawa . Tangannya masih memimpin tangan Ajiq . Mujur kelas mereka bersebelahan saja . Mereka meneruskan perjalanan ke kelas . Kedua-dua tangan mereka dihayun sambil berjalan .

" Ajiq , balik nanti sama-sama tau ? " Ija mengingatkan Ajiq .

" Okay ! Nanti Ajiq tunggu kat tangga tau ? Jangan lambat tau ? Bye ! Bye ! "

Aug 21, 2011

tujuh

2013 - Taman Setia Tropika

Pintu rumah dibuka luas . Bauan segar dari dalam rumah dihidu . Hati sedikit tenang . Rumah hasil ilham Ajiq memang memukau sesiapa sahaja . Termasuk Ija sendiri . Kaki melangkah berat masuk kedalam . Pintu kembali ditutup rapat . Ruang dapur dimasuki . Lama sungguh dapur tak berasap . Tekak sudah muak makan masakan di gerai , warung , restoran dan yang seangkatan dengannya . Sungguh kesihatan Ajiq sangat merisaukannya . Peti sejuk dibuka . Masih banyak bahan masakan yang masih ada .

" Masak lah hari ni . Buat bubur ayam pun sedap jugak . Hmm . Ada kentang . Boleh goreng . Bawak bekal kat hospital nanti . Perut pun dah berdangdut . " tangan Ija laju mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak . Semuanya disusun elok . Satu persatu bahan dibasuh , dikupas dan dipotong . Setengah jam kemudian , bubur ayam dah pun siap . Tupperware dicapai . Bubur yang masih panas itu dituang . Baunya sangat menyelerakan . Asap nipis menambah selera .

" Mandi kejap lah . " bilik utama di tingkat 1 di tuju .



Hospital Sultanah Aminah , Johor Bahru .

" Ija .. " satu suara menegur dari belakang sewaktu Ija ingin menuju ke wad yang menempatkan Ajiq . Dia menoleh perlahan . Wajah bapa dan ibu mertuanya sedang tersenyum .

" Eh Mama , Ayah . Bila sampai ? " tanya Ija . Tangan mereka berdua disalam dan dikucup sopan .

" Baru je ni . Ajiq macam mana ? " Mama Ajiq ingin tahu . Ayah hanya mengangguk turut sama ingin mengetahui perkembangan anak mereka . Ija hanya mampu menggelengkan kepalanya
bermaksud masih tiada perubahan . Kemudian Ija cuba mengukir senyuman .

" Sabarlah Ija . " Ayah cuba memberi semangat . Ija mengangguk . Mereka masuk ke wad Ajiq . Mama pergi kearah Ajiq . Kepala anaknya diusap perlahan . Oxygen mask yang dipakai Ajiq membuatkan hati seorang ibu itu bergetar menahan sedih melihat anaknya menanggung kesakitan . Mata Ajiq masih lagi terpejam rapat seperti keadaanya sebulan yang lepas .

" Ajiq .. Anak mama kuatkan ? Bangun ye nak ? Mama tahu Abang boleh . Mama kenal anak mama yang seorang ni . Bangun lah Abang . Kami sentiasa ada mendoakan kesihatan Abang . Ija selalu seorang sentiasa ada disisi Abang menanti Abang sedar dari koma ni . "

" Sekarang dah berdua , Ma . " pintas Ija dengan senyuman .

" Betul ke ? Ija mengandung ? Alhamdulillah . Tengok , Abang . Dah ada 2 orang yang sentiasa disisi Abang. Bangun ye nak ? Ajiq junior akan ada tak lama lagi . " Mama bersuara ceria . Memberikan semangat buat Amir Hazriq . Tiba-tiba , jari-jemari Ajiq bergerak . Mereka terdiam sebentar . Ija terus bangkit mencapai tangan suaminya . Butang hijau yang disediakan khas untuk memanggil doktor ditekan berkali-kali . Ija mula kembali mengukir senyuman .

" Ajiq sayang . Awak dah sedarkan ? Bangun sayang ? Bersuara ? " Ija merayu . Jemari itu masih bergerak . Beberapa saat kemudian , doktor tiba bersama 2 orang jururawat .

" Ya Cik Ija ? " Doktor Qazriq ingin tahu .

" Jari Hazriq mula bergerak tadi . Suami say adah sedar ke doktor ? Dia dah pulih , kan ? " Ija terus bangkit untuk memberikan laluan kepada doktor Qazriq membuat pemeriksaan . Seluruh tubuh Ajiq diperiksa . Doktor Qazriq masih tidak memberikan respon . Ija resah menanti . Akhirnya , Doktor Qazriq memberikan jawapan dengan gelengan .

" Ajiq masih dalam kondisi koma Puan Ija . " Jururawat bernama Tiara memberikan pengesahan . Ija terduduk . Nafas ditarik dalam . Masih tiada perubahan pada Ajiq . Air mata itu tumpah lagi . Ija tetap bersabar .

' Ija yakin pada Ajiq . Pada kuasa Tuhan . ' Ija bermonolog sendiri .
 
Blog Template by Delicious Design Studio