Dec 14, 2011

sebelas . dah sebelas pun !

Tiga bulan kemudian . . .
Januari 2005 - Sekolah Rendah Kampung Pakis

Hari ini hari pertama persekolahan untuk tahun 2005 . Semua murid-murid yang masih bersekolah sedang berpusu-pusu masuk ke dalam kawasan sekolah sementara loceng masih belum berbunyi . Pelbagai latar belakang murid yang boleh dilihat pada waktu itu .  Ada yang baru turun dari kereta mewah milik ibu bapa masing-masing , ada yang melompat turun dari bas sekolah  dan macam-macam lagi . Ija juga antara pelajar yang sedang bergerak menuju ke arah pagar sekolah selepas turun dari motosikal milik arwah ayah . Buku teks miliknya dipeluk kejap di dada . Setelah ibu bergerak dari tempat di diturunkan , Ija segera masuk ke dalam kawasan sekolah . Namun , belum sempat dia hendak melangkah kaki melepasi pagar , Afzan dan rakan-rakannya sudah sedia menghalangnya dari masuk . Langkah Ija terhenti .

"Ini dia masa yang aku nantikan . Budak perempuan ni dah tak ada bodyguard . Hahahaha !" Afzan ketawa kejam . Ija ingin mengelak dari berlaku pertengkaran . Dia cuba melangkah , namun lengannya di tarik menyebabkan dia tidak dapat bergerak . Ija merentap kembali tangannya .

"Kau nak apa ?" tanya Ija perlahan , masih cuba berlembut . Dia tidak mahu menarik perhatian orang ramai .

"Balas dendam . Aku dah lama sakit hati dengan kau . Tak kan kau tak sedar semua tu ?" Afzan menunjal kuat kepala Ija . Senget terus ikatan rambut Ija .  Kawan-kawan Afzan yang lain sedang tersenyum-senyum sinis .

"Aku tak pernah kacau kau pun Afzan . Apa yang kau sakit hati sangat dengan aku ? Tolonglah jangan kacau hidup aku." rayu Ija . Namun , Afzan hanya menyambut rayuan Ija dengan gelak jahatnya .

"Kau tak sedar ke , cikgu Sizuka asyik-asyik puji kau ? Dalam kelas , semuanya kau yang hebat . Aku tak pernah sekali pun cikgu pandang . Hei budak , semua kebahagiaan aku kau nak rampas . Aku tak suka kau . Budak comot ! Miskin !" terang Afzan .

"Apa ni Afzan ? Aku tak minta pun Cikgu Sizuka puji aku . Lagi pun , aku tak buat paa-apa pun . Dah cikgu nak puji aku , tak kan kau nak aku marah pulak . Kenapa aku yang kau nak sakit hati ? Ramai lagi budak lain yang Cikgu puji . Bukan aku sorang . Tolong lah jangan kacau aku !" Ija sudah tidak tahan lagi .

"Satu masa nanti kau akan faham ! Aku tetap akan bencikan kau ! Ingat tu !" Afzan terus merampas buku ditangan Ija dan mencampakkannya ke Bumi . Sedikit tersentak Ija saat itu . Kepala Ija turut di tunjal-tunjal oleh rakan Afzan yang lain . Kemudian , Ija di tolak ke belakang . Dia terundur dan terduduk ke belakang . Punggungnya terhentak kuat .  Habis baju Ija kotor dan koyak . Murid lain yang lalu disitu tidak mampu membantunya kerana takut dengan kedudukan Afzan sebagai budak paling nakal di sekolah itu . Ija terus mencapai bukunya dan terus bangkit berlari menuju ke kelas . Afzan hanya ketawa bersama teman-temannya sambil melihat ke arah Ija yang sedang berlari menyelamatkan diri daripada kejahatan mereka .

Ija tersedu-sedan menangis di bawah tangga . Air mata laju menuruni pipi . Hidungnya mula memerah .

"Abang Iman , Ija takut . Ajiq , bila Ajiq tak ada , Ija dah tak tahu nak mintak tolong siapa . Diorang mula jahat dengan Ija balik . Ija nak Abang Iman , nak Ajiq . Ija sedih sangat . Balik lah Abang Iman , balik lah Ajiq . Tuhan , tolong kuatkan hati Ija. " Ija mengadu seorang diri .

Tahun yang sepatutnya menjadi tahun penentuan sekolah menengah mana yang akan Ija lalui , menjadi tahun tragedi . Saat dia sepatutnya fokus kepada peperiksaan UPSRnya , menjadi tahun yang paling terganggu dalam hidupnya . Ija mula lemah dengan keadaannya . Dia tahu , keadaan itulah yang akan dia lalui sepanjang tahun tersebut sewaktu berada di sekolah . Mujur hatinya kuat ingin belajar . Ija tetap bersabar .


12 bulan kemudian . . .
Disember 2005 - Sekolah Rendah Kampung Pakis

Ija sudah menyarungkan jubah baldu berwarna maroon pada tubuhnya . Dia tersenyum lebar melihat figura tubuhnya yang terpantul di cermin di hadapannya . Ija menarik nafas bangga .

"Ija , cepat beratur . Lepas ni nama awak . " tegur Cikgu Sizuka . Ija cepat-cepat bergerak menuju tirai di belakang pentas sebelum namanya di umumkan . Berbagai rupa senyuman cuba dipaparkan . Namun dia masih tidak dapat senyum dengan sempurna . Ija semakin gemuruh .

" Diumumkan , anugerah pelajar cemerlang UPSR pada tahun ini jatuh kepada . . . Irma Hafiza ." Suara pengacara majlis mengundang tepukan gemuruh dari para menonton yang kebanyakannya terdiri daripada ibu bapa . Irma melangkah perlahan keluar dari belakang pentas sambil tersenyum . Dia dapat melihat senyuman di wajah ibunya . Ija sangat berbangga kerana dapat membalas sedikit , pengorbanan ibunya . Afzan juga tersenyum penuh makna di bawah . Ija hanya menganggap itu sebagai tanda tahniah tanpa sebarang syak wasangka .

Ija menuju ke arah guru besar untuk mengambil piala dan sijil penghargaan untuknya . Sewaktu dia baru memegang pialanya , kakinya tersangkut sesuatu yang menyebabkan dia jatuh tersungkur dihadapan khalayak ramai . Pialanya terpelanting dan patah dua . Dewan senyap seketika . Jubahnya terkoyak , dan kainnya terselak hingga ke paras peha . Ija terasa amat malu dan sedih . Dia mula menangis . Afzan yang masih dengan senyumannya , bangkit dan keluar dari dewan .

"Rasakan pembalasan aku , Ija ! Hahaha."

2 pandangan bijak:

nursyahwati said...

buat chater 12 ,, CEPAAAATTTTT !!!!

aynn azrien said...

haha :D
ye lahh . tgk lahh
lau rajin . hehe

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio